DAN SESUNGGUHNYA AKHIRAT ITULAH KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA SEKIRANYA MEREKA MENGETAHUINYA (QS. AL-ANKABUT: 64)

Monday, 12 September 2011

TAJUK
HAJI
DISEDIAKAN UNTUK






EN. ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 101



DISEDIAKAN OLEH









NURUL MARDHIYAH BT JAMALUDDIN
NO. MATRIK:2011629338
KUMPULAN: ACD 1Fz









PROGRAM
DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
(AC120)
PART 1



TARIKH SERAH
2 OGOS 2011



======================================



KANDUNGAN BLOG






PENGHARGAAN

ABSTRAK
PENDAHULUAN
SEJARAH HAJI
HUKUM HAJI
JENIS-JENIS HAJI
NIAT IHRAM
WUKUF DI ARAFAH
TAWAF DI KAABAH
SAIE
BERCUKUR
TERTIB
PENUTUP
RUJUKAN
======================================



PENGHARGAAN



Saya Nurul Mardhiyah Bt Jamaluddin berasa amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi petunjuk dan limpah rahmatnya sepanjang persediaan projek kertas kerja saya ini.



Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pesyarah CTU 101 saya,Ustaz Abd Aziz Harjin yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya.Disamping itu juga sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan saya yang banyak membantu saya dan memberi pendapat sepanjang saya menyiapkan kertas kerja ini.



Kedua,saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada bapa saudara saya, ustaz Taqiuddin bin Othman kerana banyak memberi maklumat tentang masjid di kampung saya.



Akhir sekali,sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu ayah saya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya dalam menyiapkan kertas kerja ini.



======================================



ABSTRAK



Haji merupakan rukun islam yang kelima. Kita wajib melaksanakannya sekiranya kita berkemampuan. ia bukanlah berunsur keduniaan tetapi demostrasi untuk menyatakan tauhid dengan laungan kalimah suci Allahu Akhbar berulang-ulang kali dengan penuh yakin.

Laungan "Labbayk Allah Humma Labbayk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al-Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", merupakan suatu ibadah dalam menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang melanda manusia ke arah mentauhidkan Allah.

Islam tidak mengajarkan umatnya agar bertindak balas terhadap musuhnya tetapi islam mengajarkan kebaikan dan keamanan. walaubagaimanapun, jika mereka terus berusaha memesongkan umat islam dalam mentauhidkan Allah maka ibadah dalam bentuk demostrasi terang-terangan dilakukan bagi melawan golongan mereka-mereka yang sesat.



======================================



PENDAHULUAN






Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan  izin-Nya saya dapat membuat kerja kursus tentang ibadah haji.Dengan membuat kerja kursus ini, saya  mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan   tentang agama islam.Selain itu,saya juga dapat  mengetahui tentang pengalaman bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
Saya telah menemubual bapa saudara saya iaitu Ustaz Taqiuddin Bin Othman untuk mengetahui secara lebih lanjut      tentang ibadah haji berdasarkan pengalaman beliau menjejakkan kaki ke tanah suci.
Saya akan menceritakan secara lebih  mendalam tentang ibadah wajib kita iaitu ibadah haji,proses-proses melaksanakan ibadah haji dan juga pengalaman bapa saudara saya ketika di tanah suci.



======================================



HUKUM HAJI


  • hukum bagi mengerjakan haji adalah 'wajib' bagi mereka yang berkemampuan
  • Mereka yang berkemampuan yang disebutkan diatas ialahorang mukallaf yang cukup perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang harus ditanggungnya tidak kiralah yang turut serta bersamanya ataupun yang ditinggalkannya, mempunyai badan yang sihat untuk mengerjakan haji, mempunyai kenderaan pergi dan balik serta aman perjalanan pergi dan balik.
  • Bagi perempuan yang telah bersuami, mereka wajib memohon kebenaran daripada suami terlebih dahulu.
  • Bagi mereka yag berhutang, mereka wajib melangsaikan kesemuanya terlebih dahulu sebelum berangkat ke tanah suci.

======================================



JENIS-JENIS HAJI



HAJI IFRAD
  • Ifrad bermaksud "berasingan.
  • bagi mereka yang menunaikan haji jenis ini menunaikan haji dan umrah secara berasingan pada bulan yang berasingan.
  • para jemaah yang menunaikan haji jenis ini mempunyai dua pilihan iaitu menunaikan haji terlebih dahulu kemudian mengerjakan umrah pada bukan bulan haji ataupun menunaikan umrah terlebih dahulu pada bukan bulan haji kemudian barulah menunaikan haji pada bulan haji.
  • namun, harus diingat haji dan umrah hendaklah dilaksanakan pada tahun yang sama. 
  • haji jenis ini lebih afdal dan mereka yang mengerjakan haji jenis ini tidak akan dikenakan bayaran DAM.
      
HAJI TAMATTU'  

  • Perkataan "Tamattu'" berasal daripada perkataan arab yang bermaksud "bersenang-senang"
  • Bersenang-senang yang disebutkan diatas ialah para jemaah tidak perlu mengerjakan haji dan umrah pada bulan yang berasingan.
  • hai jenis ini amat sesuai bagi mereka yang tinggal jauh dari tanah suci dan hanya mampu untuk pergi sakali sahaja ke tanah suci untuk menunaikan kedua-duanya.
  • para jemaah yang mengerjakan haji jenis ini boleh mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji.
  • setelah selesai mengerjakan umrah dan sudah tidak terikat dengan pantang larang ihram barulah para jemaah mengerjakan haji.
  • haji jenis ini akan dikenakan DAM mengikut syarat-syaratnya.


HAJI QIRAN




  • "Qiran" bemaksud "bersama-sama"
  • Bersama-sama yang dimaksudkan diatas ialah para jemaah boleh mengerjakan haji dan umrah pada satu masa dalam satu niat.
  • Ini berakna para jemaah akan mengerjakan satu tawaf, satu saie dan satu bercukur kerana segala kerja -kerja umrah telah dimasukkan dalam kerja-kerja haji.
  • Mereka yang mengerjakan haji jenis ini wajib membayar DAM mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "sesiapa yang mengerjakan hajibersama umrah (iaitu Qiran) maka sahlah dia kerjakan satu tawaf dan satu saie sahaja untuk kedua-dua haj dan umrah itu." (Riwayat - Turmizi)    











* haji yang dilakukan oleh Ustaz Taqiudin adalah haji ifrad kerana beliau telahpun mengerjakan ibadah umrah pada tahun beliau mengerjakan haji.













======================================






NIAT IHRAM





Ketika berniat ihram para jemaah akan terikat dengan dua miqat iaitu miqat zamani dan miqat makani.





Terdapat dua cara untuk memakai ihram bagi lelaki iaitu:










MIQAT ZAMANI


  • miqat zamani ialah ketentuan masa untuk berniat ihram
  • tempoh untuk para jemaahberniat ihram bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar hari kesepuluh Zulhijjah.
  • Tempoh ini dinamakan bulan-bulan haji
  • jika para jemaah tidak berniat dalam tempoh tersebut, maka haji yang dikerjakan adalah tidak sah malah ia secara automatik akan terjadi ihram umrah.


MIKAT MAKANI



  • mikat makani ialah ketentuan tempat untuk berniat ihram.
  • miqat makani bagi para jemaah yang datang dari Malaysia ialah Yalamlam.
  • Yalamlam ialah nama bagi sebuah bukit yang terletak di tepi laut merah di dataran semenanjung tanah arab.
  • Jarak yalamlam dengan mekah adalah kira-kira 89 kilometer.
  • Sebelum para jemaah berniat ihram di miqat, para jemaah hendaklan terlebih dahulu memakai ihram.
  • Bagi mereka yang telah memakai ihram dan berniat ihram maka mereka telahpun terikat dengan larangan-larangan haji dan setiap kesalahan akan dikenakan DAM.









* katanya ustaz Taqiudin, ketika memakai ihram, terlalu banyak pantang larang yang perlu diikuti contohnya bagi yang lelaki tidak boleh menutup kepala seperti memaikai songkok dan serban.Tidak boleh memakai bau-bauan dan minyak rambut. Selain itu, pemakai ihram juga ditegah berlaku kejam terhadap binatang ataupun tumbuh-tumbuhan walaupun hanya dengan memeranjatkan binatang.Bagi yang perempuan pula, tidak dibenarkan memakai sarung tangan.







======================================






WUKUF DI ARAFAH 


  • Waktu untyuk para jemaah wukuf di arafah ialah apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah.
  • Padang Arafah terletak diluar tanah haram dan jauhnya dari mekah adalah lebih kurang 18 kilometer.
  • Masa yang wajib untuk berada di Arafah ialah di awal waktu zuhur pada 9 Zulhijjah, hinggalah sebelum fajar pada hari Nahar iaitu 10 Zuhijjah.
  • Namun,  para jemaah tidak semestinya berada di Padang Arafah sepanjang tempoh tersebut .
  • Ia sudah memadai jika para jemaah hanya berhenti walaupun sebentar sahaja pada asa di antara zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar  10 Zulhijjah.
  • Namun waktu yang lebih afdal untuk berada di padang arafah ialah sebahagian dari kesembilan dan kesepuluh.






para jemaah berada di dalam khemah ketika sedang wukuf di padang arafah







  • Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"barangsiapa yang berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah) maka dapatlah haji itu"

*Ketika beliau tiba di Arafah, beliau telah dimasukkan ke dalam khemah-khemah yang dipisahkan oleh jantina dan oleh khemah-khemah agen perjalanan. Lombong adalah Batuta dan beliau telah diberikan khemah terbaik. Bilik mandi padat dan kecil tetapi banyak air. Pada malam itu, beliau mengalami pertembungan pertama dengan Tuhan. 







======================================




TAWAF DI KAABAH


  • Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
  • Tawaf merupakan rukun haji yang kedua terpenting selepas wukuf di Arafah.









pelan untuk jemaah haji mengerjakan ibadah tawaf






  • Ibadah ini dilakukan selepas melontar jamrah aqabah, bercukur dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah.
  • Ia juga diterima sekiranya para jemaah telah melontarkan kesemua jamrah dari 11-13 Zulhijjah.
  








para jemaah sedang tawaf




======================================
SAIE DI ANTARA BUKIT SAFA DAN BUKIT MARWAH

  • Saie bermaksud berlari kecil
  • ibadah saie dailakukan selepas tawaf rukun atau Qudum.
  • Berlari-lari kecil yang dimaksudkan ialah dengan berlari kecil bermula dari bukit safa dan mengakhirinya di bukit marwah
  • para jemaah hendaklah mengira sebanyak tujuh pusingan dengan penuh yakin
  • Cara kiraan ialah sekali daripada bukit safa ke marwah dan sekali dari bukit marwah ke safa.
  • Para jemaah hhendaklah sampai di puncak bukit safa dan marwah.



pelan untuk para jemaah mengerjakan saie


======================================



BERCUKUR
  • Bercukur ialah mengguntingkan rambut sekurang-kurangnya tiga helai.
  • Bagi lelaki, lebih afdal sekiranya dilakukan dengan mencukur kesemuanya sekali.
  • Namun bagi perempuan sudah memadai dengan mengguntingkan rambut.
  • Ia dilakukan selepas melontar jamrah Aqabah atau tawaf rukun.
  • Namun bagi mereka yang tidak mebuat tahalul awal ketika mengerjakan haji, mereka boleh lakukannya selepas saie.
  • Selepas bercukur, maka tamatlah segala pantang larang ihram baginya.
  • Bagi jemaah haji yang ingin mencukur atau mengguntingkan rambut orang lain, mereka hendaklah mencukur atau mengguntingkan rambut diri sendiri dahulu.




jemaah haji yang sedang mencukur kepala jemaah lain

======================================




TERTIB

  •  Rukun haji yang keenam ialah tertib.
  • tertib bererti melakukan kesemua rukun haji mengikut turutan yang ditetapkan iaitu mendahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain, mendahulukan wukuf dari tawaf ifadah dan mendahulukan tawaf dari saie.
  • Namun, saie haji boleh dilakukan selepas tawaf Qudum.
  • Kemudiannya tidak perlu lagi untuk melakukan saie selepas tawaf rukun.
 ======================================
PENUTUP



Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya siapkan esei ini tepat pada masa yang ditetapkan.
Selepas menyiapkan esei ini, dapat saya simpulkan bahawa haji bukanlah suatu ibadah yang mudah unutuk kita kerjakan. Namun, seperti semua tahu, di mana ada kemahuan pasti disitu ada jalan. Setiap ibadah memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadah haji sebenarnya  bukan sahaja memerlukan para jemaah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit malah ia memerlukan pengorbanan daalm menanggung perpisahan dengan keluarga serta sanak saudara, harta kekayaan dan kampung halaman. Malah mereka yang mengerjakan haji pelu berpisah dengan kehendak nafsu ketika dalam ihram. ia amat sukar untuk kita lakukan kerana ia merupakan suatu yang luar biasa dari yang kita selalu kita lakukan.Ia amat berbeza jika dibandingkan dengan ibadat-ibadat lain.



Namun, sejurus kita jejak kaki ke tanah suci tersebut, pasti air mata akan berlinangan kerana ketika itu kita akan berasa bersyukur yang teramat kepada Yang Maha Esa kerana dengan izinnyalah dapat kita jejakkan kaki ke sana. Ketika itu kita berasa amat bertuah kerana kita adalah antara hambaNya yang terpilih di antara berjuta hambaNya di bumi yang nyata ini. Dengan niat yang suci dan ikhlas di hati pasti segala kesusahan menjadi mudah ketika itu.



Bagi mereka yang berkemampuan, janganlah melepaskan peluang untuk mengerjakan rukun islam yang ke lima ini kerana tiada ruginya kita melakukannya malah nikmat kesyukuran yang berlipat kali ganda yang kita dapat. Tunaikanlah rukun islam yang ke lima ini selagi termampu kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok kerana ajal dan maut letaknya di tangan tuhan.
Sekian sahaja esei saya pada kali ini. Assalamualaikum Warrahmtullahhi Wabarakatuh.



======================================



RUJUKAN



BAPA SAUDARA SAYA USTAZ TAQIUDDIN BIN OTHMAN
PENSYARAH CTU SAYA USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
BAPA SAYA JAMALUDDIN BIN OTHMAN
IBU SAYA SITI KHATIJAH BINTI HASHIM
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN












No comments:

Post a Comment